11 tanda-tanda awal yang anda patut resign dari kerja
Andainya anda ada sindrom-sindrom yang dinyatakan di bawah, seeloknya anda sudah boleh draf surat berhenti kerja. Minta kerja lain yang lebih best atau kerja sendiri je..
1. Anda tidak lagi belajar perkara baru
Semakin lama semakin boring dan otak anda menjadi tepu untuk belajar sesuatu yang baru.
2. Keghairahan yang hilang
Sudah tidak bersemangat untuk buat kerja. Mungkin akibat sudah tiada kecintaan terhadap kerja sekarang.
3. Kemahiran anda tidak dikembangkan
4. Anda benci kerja anda!
Sudah pastinya bila dah benci, maka tiada alasan lain selain anda patut cari kerja lain sekarang.
5. Anda tidak sesuai dengan budaya syarikat
6. Anda mempunyai bos yang bermasalah dan garang tak bertempat
Rasanya alasan ini yang paling banyak membuatkan staf berhenti. Bos yang tahu nak maki dan marah-marah saja tanpa bertimbangrasa. Bos yang macam ni bagi makan kaki je.
7. Syarikat yang mula menunjukkan ciri-ciri nak bangkrap.
8. Kesihatan anda mula merundum akibat stress dan tidak gembira dengan kerja
9. Hubungan peribadi anda bermasalah akibat dari kerjaya anda
Jika masa dengan keluarga pun tidak dapat diluangkan maka elok sangat anda cuba intai-intai peluang kerja yang lebih masa untuk keluarga dan personal anda
10. Tiada peluang untuk anda naik
11. Kerja bertambah tapi gaji..hmmm tak naik-naik
0 Komentar untuk "11 tanda-tanda awal yang anda patut resign dari kerja"