GAMBAR – Rumah dalam hutan ini bernilai $59 juta

Ya, memang rumah ini bernilai $59 juta, ianya termasuk 300 ekar tanah di kawasan yang sangat cantik. Rumah ini sebenarnya hak milik Tom Cruise, mula dibina pada tahun 1994. Selepas 20 tahun Cruise mendedahkannya yang beliau ingin menjual dengan harga $59 juta.

Image satelit menunjukkan rumah tersebut dibina di kaki kawasan pergunungan.

Kediaman mewah itu  mempunyai 4 bilik tidur, 6 bilik air, siap dengan pustaka dan juga gym. Di samping itu juga di kawasan tersebut juga dibina rumah tetamu yang berkeluasan 1600 kaki.

Terletak jauh ke pedalaman, dihiasi dengan padang rumput dan hutan namun ianya hanya 12 minit dari Bandar peranginan bersejarah Telluride, Colorado


"Rumah ini menawarkan tempat percutian yang paling baik bagi mereka yang mencari privasi, pemandangan yang indah dan ketenangan.


















0 Komentar untuk "GAMBAR – Rumah dalam hutan ini bernilai $59 juta"

Blog Archive