Pemain bola digantung dari beraksi selama 50 tahun. Kenapa?


Pergantungan 4 bulan akibat mengigit adalah terlalu mainstream. Ada lagi player yang lebih keras hukuman yang dikenakan.

Pemain divisen 4 Switzerland, Ricardo Ferreira dari Portugal Futebol Clube telah dilarang dari beraksi untuk tempoh 50 tahun.

Pergantungan itu dibuat selepas beliau secara sengaja menyepak bola ke muka pengadil dan menjirus air ke muka pengadil tersebut. Dengan pergantungan untuk tempoh tersebut bermakna beliau hanya boleh beraksi pada usia 78 tahun. Itupun kalau panjang umur

 “Kami tidak memerlukan pemain seperti itu di dalam liga” – Robert Breiter.

Semoga hukuman ini diambil iktibar oleh pemain-pemain liga Malaysia kita, jangan nak tunjuk samseng sangat.


0 Komentar untuk "Pemain bola digantung dari beraksi selama 50 tahun. Kenapa?"

Blog Archive