Dalang banjir di Cameron Highlands: Tiada maaf bagimu


"Tiada maaf bagimu", tegas Tan Sri Muhyiddin Yassin terhadap pendatang tanpa izin yang menceroboh dan ahli politik yang melindungi pencerobohan di tanah tinggi Cameron Highlands sehingga menyebabkan banjir lumpur dan tanah runtuh pada Rabu lepas.

Begitulah petikan dari kata-kataMuhyiddin yassin. Takkan beliau tak tahu yang Cameron dan dirogol serakus-rakusnya. Dah jadi bubur dah pun nasinya.

Kejadian banjir dan tanah runtuh di Kampung Raja, Pekan Ringlet dan Lembah Bertam di Cameron Highlands pada Rabu lepas, mengakibatkan lima kematian dan lebih 90 mangsa daripada 28 keluarga terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan di Dewan Serbaguna Orang Ramai di Ringlet.

Dalam pada itu, Muhyiddin turut meminta agensi berkenaan segera berbincang dengan pihak Pertubuhan Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) kerana selain pendatang dari Bangladesh dan Nepal, terdapat lebih 4,000 pelarian Rohingya yang memegang kad UNHCR berada di Cameron Highlands.
Beliau berkata perbincangan itu perlu disegerakan kerana walaupun dilindungi UNHCR, mereka tetap tidak terkecuali daripada tindakan undang-undang jika didapati bersalah melanggar sebarang undang-undang negara.


"Saya minta dibincangkan dengan UNHCR cara bagaimana untuk mengurus mereka ini ... kita terpaksa ambil tindakan, tidak ada layanan yang berasingan kepada mereka yang melanggar undang-undang," katanya.

Diharap kerajaan betul-betul serius hadapi perkara ini dan bukannya sekerat jalan. 

sumber berita dari Malaysia Insider
0 Komentar untuk "Dalang banjir di Cameron Highlands: Tiada maaf bagimu"

Blog Archive