Berita baik buat seluruh rakyat Malaysia yang layak menerima BR1M, permohonan baru boleh dibuat 1 Disember ini. Bagi penerima sedia apa perlu mengemas kini semula maklumat peribadi bagi memastikan proses bayaran berjalan lancar.
Menurut Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, proses permohonan baru dan asal boleh berbuat demikian melalui portal rasmi BR1M Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) iaitu https//:ebr1m.hasil.gov.my sehingga 31 Disember.
Selain melalui portal tersebut, pemohon juga boleh memohon melalui Borang Permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2015 (BK-01) atau Borang Kemas Kini dan dikembalikan ke mana-mana cawangan/pusat khidmat hasil/Pusat Transformasi Bandar LHDNM atau pejabat daerah.
Pemohon atau penerima yang mempunyai pertanyaan boleh menghubungi talian bebas tol 1800-88-2716 (LHDNM) atau 03-8882 4565/4566 (Kementerian Kewangan) serta emel ke br1m@treasury.gov.my.
Pembayaran BR1M 2015 akan dibayar tiga kali setahun kepada penerima di bawah kategori isi rumah manakala bagi penerima di bawah kategori individu dengan pendapatan RM2,000 ke bawah, bantuan sekali bayaran sebanyak RM350 akan diberi mulai 28 Januari 2015.
Bagi kategori isi rumah dengan pendapatan bulanan RM3,000 ke bawah, nilai BR1M adalah sebanyak RM950 dan bayaran pertama sebanyak RM300 akan dibuat pada 28 Januari, RM300 (28 Mei) dan RM350 (28 September).
Bagi isi rumah berpendapatan bulanan RM3,001 hingga RM4,000 nilai BR1M adalah sebanyak RM750 dengan bayaran pertama sebanyak RM200 pada 28 Januari, RM200 (28 Mei) dan RM350 (28 September).
0 Komentar untuk "Permohonan baru BR1M bermula 1 Disember"