Penyanyi Terkenal, Beyonce Dekati Islam?


Hangat tersebar kini di media-media social yang menyatakan penyanyi terkenal itu kini mula mendekati Islam. Jika benar Alhamdulillah.

Desas desus ini timbul selepas Beyonce apabila membuat satu pos gambar petikan ayat Quran surah Al- Insyirah ayat 5 dan 6 yang terjemahannya bermaksud, “Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.”

Gambar potongan ayat itu mendapat ratusan ribu like dan ramai yang mengucapkan tahniah dan ada juga yang melahirkan rasa terkejut dengan tindakan penyanyi R&B itu.

Beyonce sedang bersedih dengan pemergian rakannya yang juga merangkap jurugambarnya Yosra al-Essawy. Yosra, berketurunan Inggeris-Mesir meninggal dunia kerana barah esophagus yang telah dihidapinya sejak lebih setahun lalu.

Pemilihan ayat Quran yang mengandungi istilah ‘Yosra’ yang bermaksud ‘lega’ dalam bahasa Arab adalah sebenarnya cara penghormatan Beyonce kepada arwah kawannya itu. Mungkin itu cara tersendiri Beyonce mengucapkan selamat jalan kepada kawannya itu.


Kita doakan yang terbaik untuk beyonce, semoga beliau mendapat hidayah jika betul.
0 Komentar untuk "Penyanyi Terkenal, Beyonce Dekati Islam?"

Blog Archive