JPJ terus dihentam teruk di laman sosial


Sehingga kini orang ramai masih belum berpuas hati dengan perlaksanaan undang-undang cermin gelap dan no plate yang dikatakan membahayakan pemandu. Namun demikian no plate bukanlah punca kemalangan dan ianya telah disalah tafsir oleh orang ramai. Jelas Pengarah Bahagian Korporat dan Penyelidikan JPJ, Wan Ramli Wan Daud

FB page milik JPJ terus di hentam teruk oleh orang ramai tanda tidak berpuas hati dengan pihak JPJ.  Anda boleh like page mereka : www.facebook.com/pages/Jabatan-Pengangkutan-Jalan-Malaysia

Antara komen yang menarik dipetik dari page JPJ adalah sebagaimana berikut:

“Jpj dh kecut perut sbb org suh bg bukti psl no plat punca kemalangan secara saintifik xboleh nk buktikn lps tu pusing ckp bkn punca kemalangan pulak...jgn smpi 90% bencikn jpj..rakyat berkuasa,kalau dh rakyat xsuka lebih 60% mknanya mmg xbtulla undang² tu..sy dh ckp ni bkn zaman 1987,ni zaman 2014,mmg jpj bkn membuat undang² tp sbg ketua pengarah jpj kena habis bc buku dulu,dahulukn mana yg wajib,abaikn mana yg xreleven...cri punca kemalangan bkn cri punca duit,ada akal boleh pilih mana yg releven,dan sbg ketua pengarah boleh usulkn suh mansuhkn undang² yg termaktub atau membuat rayuan supaya no plat xreleven lg selagi mana boleh bc..jgn kuarkn ckp kalau eksiden xleh bc,jgn ckp kalau keta lari xleh bc no plat,tu xmunasabah..org kalau nk mencuri org xguna no plat ori,kena pikirla,basic je kot,xpelu smpi nk bt pwnyelidikkn,mcm nk buat enjin plk..basic je..”

Mereka juga turut tidak berpuas hati selepas kereta KP JPJ sendiri bercermin gelap dan apatah lagi tersebarnya video KP JPJ yang mahu orang ramai mati seramai 5358 orang. Biarpun orang ramai sudah memahami maksud sebenar kenyataan KP JPJ tersebut namun mereka mengatakan sebagai orang yang berkedudukan tinggi tidak sepatutnya membuat kenyataan sebegitu dan perlu lebih berhati-hati.

Lihat di sini video: http://goo.gl/vBTyD8

Semoga JPJ tampil dengan undang-undang yang lebih relevan sejajar dengan kos hidup yang semakin meningkat dan Malaysia kini menuju Negara maju.

0 Komentar untuk "JPJ terus dihentam teruk di laman sosial"

Blog Archive