Seorang natueralis muda Amerika, pembuat filem dan juga penggemar Amazon telah mengemparkan media sosial selepas dia mendakwa untuk dimakan oleh ular raksasa, anaconda hidup-hidup.
"Saya Paul Rosolie dan saya akan menjadi orang pertama
yang dimakan hidup-hidup oleh anaconda," kata beliau dalam satu video 30
saat di Twitter mempromosikan acara baru, "Eaten ALive," yang akan
disiarkan di Discovery Channel pada 7 Disember nanti.
Sebuah teaser lama yang ditempatkan oleh rangkaian di
YouTube menunjukkan Rosolie memakai "pakaian khas anti ular” untuk masuk
dalam perut ular.
Anaconda hijau yang berasal dari kawasan tropika Amerika
Selatan, adalah antara ular yang paling besar di dunia. Ular yang dilihat dalam
promo "Eaten Alive" diperlukan sekurang-kurangnya tujuh orang
untuk memegangnya.
Pada tahun 2013 beliau telah memenangi anugerah filem pendek
pada anugerah UN Forum On Forest untuk dokumentarinya "An Unseen World.
Tetapi Kumpulan Hak Asasi Haiwan, PETA menyelar program ini
kerana ianya menganiaya haiwan.
"Ia akan membuatkan ular ini menggunakan tenaga untuk
menelan Paul dan kemudian ia muntah. Mungkin dia akan meninggalkan haiwan tersebutn
letih dan kehilangan tenaga yang diperlukan," kata timbalan penasihat PETA
Delcianna Winders.
Mat Saleh memang berani dan gila
0 Komentar untuk "Manusia Yang Sanggup Dimakan Hidup-Hidup Oleh Anaconda"