Ibu dan dua anak alami hari yang ngeri



Kejadian yang berlaku di Pasir Puteh ini menimpa seorang ibu dan dua anak perempuannya apabila rumah mereka dimasuki perompak.

Dua perompak menceroboh kediaman Hat Tema Mat Zin, 58, dan salah seorang dari mereka cuba merogol anak perempuannya, Nur Shafiqa Lah, 22, dalam kejadian jam 2 petang itu.

Perompak tersebut menendang pintu bilik air di mana ketika itu Nur Shafiqa sedang mandi dan mengheretnya ke bilik untuk merogolnya namun tidak sempat kerana rakan perompak tersebut memanggil keluar.

Seorang lagi anak Hat Tema berada di dalam biliknya dan bersembunyi. Dalam kejadian itu perompak berjaya melarikan cincin, rantai dan telefon bimbit.

Namun demikian malang buat Shafiqa apabila mukannya di tores oleh perompak tersebut, beliau kini dirawat di Hospital Sains Kubang Kerian.


Kesian sayang abang : ) Semoga cepat sembuh
0 Komentar untuk "Ibu dan dua anak alami hari yang ngeri"