Tak jadi ditelan anakonda



Kami pernah melaporkan dahulu, Paul Rosolie, 27 ingin merakamkan aksi beliau ditelan oleh anaconda.

Namun lain ceritanya apabila hasrat beliau itu tidak kesampaian.

Paul Rosolie yang berasal dari Amerika Syarikat (AS) yang pernah mendapat tentangan dari aktivitis pencinta haiwan kerana tujuan tersebut kini ditertawakan selepas pasukan bantuan terpaksa menyelamatkan dia hanya selepas sebahagian kepalanya dibaham.

Aksinya itu 'ditelan hidup-hidup' ular untuk aksi lagak ngeri dan dirakam. Dalam rakaman disiar Discovery Channel pada malam kelmarin, Paul Rosolie, 27, dan 10 pembantunya mengesan ular anaconda sepanjang enam meter di Sungai Amazon.

Berpakaian sut hitam dan dilumur dengan darah babi, Rosolie, 27, meredah kawasan itu sambil dirakam kamera dan disaksikan isterinya, Gowri.

Tidak lama kemudian, seekor anaconda betina menerpa Rosolie sebelum melilit lelaki setinggi 1.7 meter itu.

Namun, ketika Rosolie mula berasa tangannya 'mula akan patah' akibat belitan itu, dia mengarahkan rakan, doktor dan pakar veterinar menyelamatkannya

Memang patah lah jawabnya, ular sebesar itu.
0 Komentar untuk "Tak jadi ditelan anakonda"