Sharnaaz Ahmad jadi 'sotong'? Biar Betik!!!


Mesti ramai yang terkejutkan? Takkan lah artis yang ganas macam Sharnaaz ni bertukar jadi si sotong jadian? 

Sharnaaz Ahmad jadi 'sotong'? Percaya atau tidak? Mesti ramai yang tidak percaya kerana sebelum ini Sharnaaz hanya muncul dalam drama dan filem sebagai hero ataupun memegang watak jahat.
Namun dalam drama terbarunya "Suamiku Encik Sotong" akan menyaksikan aktor itu akan memegang watak Farish seorang lelaki berjiwa lembut.
"Ini adalah kali pertama saya mencabar diri untuk membawa watak seumpama ini. malah saya mengambil masa sehingga dua bulan untuk menerima tawaran ini memandangkan watak ini jauh berbeza dengan diri saya. Namun, jalan cerita sangat menarik!
"Menerusi drama ini, saya turut mengorbankan imej dengan membiarkan perut sedikit buncit walaupun mempunyai pusat gimnasium sendiri. Terlebih dahulu, saya ingin meminta maaf kepada penonton sekiranya lakonan kali ini tidak menjadi.
"Sehingga kini, saya tidak berani menonton 'playback' takut timbul rasa tidak puas hati. Sejujurnya, saya sudah mencuba sebaik mungkin. Kalau dulu orang panggil saya Jebat, sekarang saya bersedia dipanggil 'sotong'," selorohnya kepada Sinar Harian.
Dalam pada itu, pelakon "Juvana" itu berkata, untuk menjayakan watak tersebut dia banyak melihat dan memerhati cara percakapan dan gaya golongan lelaki lembut bagi memahami watak tersebut.
"Untuk mendalami watak ini, saya banyak melihat golongan ini bercakap termasuk kawan-kawan mekap artis dan memerhatikan cara berbual serta sikap mereka.
"Walaupun ia drama komedi, namun saya tetap memastikan hasil kerja saya terbaik dan buat betul-betul."
Drama "Suamiku Encik Sotong" ini disiarkan setiap hari Isnin pada pukul 10 malam di Astro Ria dan Maya HD.
sumber dari Tupai.my
0 Komentar untuk "Sharnaaz Ahmad jadi 'sotong'? Biar Betik!!!"